hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Sunday, October 23, 2011

Bolehkah berkongsi Qurban dan Aqiqah pada seekor haiwan sedangkan niatnya berbeza?




Assalamualaikum.

Terima kasih kepada ustaz yang bertanya melaui sms kepada ana. berikut jawapan yang dapat ana sediakan :

Menurut mazhab Syafie haiwan qurban dan haiwan untuk aqiqah adalah sama kerana tujuan dan kesudahan dari kedua-dua ibadah tersebut adalah sama iaitu mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih haiwan.

Oleh itu menurut mazhab Syafie adalah harus berkongsi seekor haiwan dalam pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah dengan syarat haiwan yang dikongsi itu ialah unta, kerbau , lembu dan seumpamanya bukan dari jenis kambing , biri-biri atau kibas.

Perbezaan niat tidak menjadi halangan kepada mereka yang ingin melakukan ibadah qurban atau aqiqah apatah lagi perkongsian binatang seringkali tidak dapat dielakkan disebabkan tidak ada kambing maka seseorang itu berkongsi dengan yang lainnya pada
seekor lembu.

Ini juga merupakan pendapat Imam al-Nawawi.
Beliau telah menyatakan dalam Kitab al-Majmu fi Syarh al-Muhazzab bahawa :
“Boleh seekor unta, demikian juga lembu untuk tujuh orang, sama ada untuk sebuah ahli keluarga ataupun untuk beberapa ahli keluarga. Sama ada mereka itu melakukan qurban dengan maksud yang sama ataupun berbeza, sama ada qurban wajib atau sunat, atau sebahagian mereka hanya mahukan daging. Harus juga kalau sebahagian mereka bermaksud melakukan qurban dan sebahagiannya lagi- bermaksud al-hadyu (binatang yang disembelih di tanah haram sebagai dam haji atau umrah).”

No comments:

Post a Comment