hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Monday, April 25, 2011

KURSUS PENYEMBELIHAN HAIWAN TERNAK



PENDAHULUAN :
Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam semesta, Penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, ikon mukmin sedunia.
Firman Allah yang bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173)
Berdasarkan dua firman Allah di atas dapat difahami bahawa makan dari sumber yang halal adalah suatu kewajipan. Dalam kehidupan seharian makanan yang selalu menjadi hidangan kita sudah pasti ialah daging yang diambil dari binatang.Menyembelih binatang dengan cara yang telah ditentukan oleh syariat Islam adalah satu jalan yang membolehkan daging binatang itu halal dimakan.
Sehubungan itu kursus penyembelihan ilmi dan amali yang dirancang ini akan mengupas syariat islam dalam penyembelihan binatang berdasarkan pegangan mazhab imam as-Syafie .

TEMA:
“ HALALAN TOYYIBA MEMANCAR TAKWA”

OBJEKTIF :

1. Memberi pendedahan ilmu berkaitan penyembelihan dari segi teori dan peraktikal menurut mazhab as-Syafie.
2. Memberi peluang kepada para peserta meneroka pengalaman baru tentang tatacara penyembelihan.
3. Menghidupkan budaya Tafaqquh Fiddin denga cara dan pendekatan semasa.

ANJURAN :
MASJID AS-SALAM, BUKIT SENTOSA.

KUMPULAN SASARAN :
60 orang ahli qaryah Bukit sentosa.

JANGKAMASA
4 - 5 jam.

CADANGAN TENTATIF KURSUS.

2.00 Ptg Pendaftaran / taklimat

2.40 Ptg Diskusi ilmi
( Teori Penyembelihan Menurut Mazhab As-Syafie.)

4.20 Ptg Solat Asar , Minum Petang.

5.00 Ptg. Bimbingan Amili.
( Praktikal Menyembelih ).

6.00 Ptg Amal Jama’ie
( Gotong royong menyiapkan juadah untuk program qiamullail dan
tausiah Syiekh Nuruddin )