hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Sunday, September 13, 2009

TARIKH SEBENAR NUZUL QURAN

Assalamualaikum..

jawapan kepada pertanyaan Saudara Aiman...

Dalam Kitab Nurul Yaqin karangan Syikh Mahmud Hadhari Bik, ada menyatakan bahawa Ketika usia menghampiri 40 tahun, Rasulullah s.a.w. menggemari khalwah dan ‘uzlah atau menyendiri dan mengasingkan diri dari herok pekok masyarakat jahiliah yang bercelaru dengan segala macam kemungkaran dan kemaksiatan.

Baginda memilih gua Hira’ yang terletak di atas bukit an-Nur yang terletak kira-kira dua batu dari kota Mekah sebagai lokasi khalwah baginda.

Setelah usia genap 40 tahun, tanda-tanda kenabian mula muncul dan bertapak dalam kehidupan baginda. Baginda sering didatangi mimpi yang benar. Setiap kali mengalami mimpi, maka ia benar-benar terjadi laksana terpancarnya cahaya matahari di waktu pagi. Hal ini dialami baginda selama enam bulan.

Pada tahun ke 3 ‘uzlah baginda datanglah detik bersejarah yang paling agung, baginda dikunjungi malaikat Jibril yang mulia membawa cahaya yang bakal menerangi alam semesta sehingga ke hari qiamat.

Bilakah berlakunya detik paling bersejarah ini?

Penulis sejarah tidak sekata dalam menentukan tarikh sebenar peristiwa besar ini terjadi. Ada yang berpendapat ia berlaku pada bulan Rabiul-Awwal. Yang lain berpendapat pada bulan Rajab. Dan sekumpulan lain berkata pada bulan Ramadhan.
Golongan yang berkata peristiwa besar itu berlaku pada bulan Ramadhan, mempunyai pandangan yang berbeza pula dari segi tarikhnya sama ada 7, 17 atau 18.

Terdapat dua pendapat mengikut ahli sejarah, termasuk pendapat para ahli hadis, tentang Al-Quran yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad saw.
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.

Manakala firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: "…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad saw) pada hari Furqan,iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…" (TTQ 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). " Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…" (TTQ 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah saw berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam "Lailatul Qadar" sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di "Baitul Izzah" di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 22 tahun 2 bulan 22 hari diambil kira dari ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw iaitu ayat 1-5 surah Al-'Alaq. Dan ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan kepada baginda iaitu 278 sehingga 281 dari surah Al-Baqarah.


Menurut Syaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, tarikh yang paling tepat turunnya al-Quran jatuh pada hari Isnin 21 Ramadhan bersamaan 10 Ogos tahun 610M. umur baginda ketika itu adalah 40 tahun 6 bulan 12 hari mengikut hitungan qamariah dan 39 tahun 3 bulan 22 hari mengikut hitungan syamsiah.

Alasan beliau dalam menentukan tarikh ini adalah Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam-imam Muhaddithin daripada Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. ditanya mengenai puasa sunat pada Isnin. Baginda menjawab maksudnya: “Isnin adalah hari aku dilahirkan, dan Isnin juga hari aku diutuskan”. Riwayat Muslim, Ahmad, al-Baihaqiy dan al-Hakim.

Hari Isnin dalam bulan Ramadhan pada tahun tersebut adalah 7, 14, 21 dan 28 haribulan. Berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih, Lailatul-Qadar adalah jatuh pada malam-malam ganjil 10 terakhir Ramadhan. Jadi Syaikh Sofiy al-Rahman al-Mubarakfuri, di dalam bukunya AL-RAHEEQ AL-MAKHTUM (2002) menyimpulkan bahawa peristiwa bersejarah itu jatuh pada hari Isnin 21 Ramadhan. Allahu A’lam.

Harap saudara berpuashati dengan jawapan ini..

No comments:

Post a Comment