hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Sunday, October 4, 2009

MENGENALI SURAH AL-FATIHAH



Surah ini dinamakan Al-Fatihah yang bermaksud Pembuka atau yang mula-mula. (Berasal dari perkatan fataha yang bermaksud buka). Juga dikenali sebagai UmmulQuran atau UmmulKitab. Dan kerana itu diwajibkan membacanya di setiap rakaat sembahyang.
Surah Makiyyah (diturunkan di Mekah), mengandungi 7 ayat dan surah pertama Al-Quran yang diturunkan dengan lengkap. Mengandungi hal-hal pokok yang mencerminkan seluruh ayat Al-Quran.
Pengertian Ayat Surah AlFatihah.




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

1. Penegasan wujudnya Allah Taala yang mencipta seluruh alam sebagaimana dalam ayat




Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

2. Menerangkan sifat-sifat Allah Yang Maha Besar dan Maha Sempurna, sebagaimana yang terkandung dalam ayat




Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

3. Menyatakan kepada manusia pada hari kiamat kelak ia akan menerima balasan amalnya, supaya manusia tidak menumpukan usahanya kepada mencari nikmat dunia semata-mata dalam ayat




Raja(yang menguasai pemerintahan) hari pembalasan(akhirat).

4. Menerangkan tugas mengapa manusia diciptakan iaitu untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Allah. Juga menegaskan tentang kelemahan manusia, bahawasanya ia tidak akan dapat melakukan sesuatu pun melainkan dengan izin Allah, sebagaimana dalam firmanNya




Kepada Engkaulah kami sembah dan kepadaMu kami meminta pertolongan.

5. Menerangkan perkara utama yang dihajati dan dipohon daripada Allah Taala ialah memperoleh hidayah dan taufiq ke jalan yang membawa kebahagiaan, dan caranya, supaya kita sentiasa berada pada jalan yang diredhai Allah. Ayat




Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

6. Disambung dengan ayat





Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat ke atas mereka, selain(bukan) jalan orang-orang yang telah Engkau murkai, dan bukan jalan orang-orang yang sesat.


Rasulullah pernah bersabda tentang kelebihan surah ini. Sabdanya:
"Tidak ada di dalam Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah satu surah yang sama kelebihannya seperti UmmulQuran Al-Fatihah".

Rujukan: Tafsir pimpinan Arrahman.


BIODATA SURAH AL-FATIHAH

1- Surah Makkiyah & Madaniayah
2- Mengandungi 7 Ayat Termasuk Basmalah
3- Mengandungi 141 Huruf Termasuk Basmalah
4- Mengandungi 29 Kalimah termasuk basmalah
5- Mengandungi 9 Izhar termasuk 4 Izhar al-Qamari
6- Mengandungi 12 Mad Tobi’I ( 2 harakat )
7- Mengandungi 7 Mad ‘Arid lilsukun. apabila diwaqaf pada setiap akhir ayat ( 6 @ 4 @ 2 harakat )
8- Mengandungi 1 Mad Lazim Kalimi Muthaqqal ( 6 harakat )
9- Mengandungi 14 Tasydid termasuk 9 Tasydid al-Syamsiyah
10- Mengandungi 4 Waqaf Tam :
الرحيم ( بسمله ) – الدين – نستعين – الضالين
11- Mengandungi 6 Waqaf Jaiz :
الحمد لله – رب العلمين – الرحيم – إياك نعبد – المستقيم – أنعمت عليهم
12- Mengandungi 13 Waqaf Qabih :
الحمد – رب – الرحيم – ملك – يوم – إياك – وإياك – اهدنا – الصراط – صراط – الذين – غير – المغضوب - عليهم (2)

SEMOGA PERKONGSIAN INI BERMANFAAT KEPADA KITA SEMUA.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment