hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Monday, October 10, 2011

SEJAHTERA IBU BAPA AL-MUSTOFA صلى الله عليه وسلم

السلام عليكم ورحمة الله

Segala pujian bagi Allah kerana dengan rahmat , taufiq , hidayah dan inayahnya kita masih lagi dianugerahkan ni'mat iman dan islam. Jutaan syukur tidak terhingga kehadrat ilahi kerana dengan ketentuan taqdirnya kita terpilih menjadi umat Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . tanpa kita minta, tanpa kita mohon tapi hanya kerana taqdirNya kita terpilih menjadi umat pembawa rahmat sekalian alam. Lantaran rahmat disebalik pemilhan itu kita diperintah menyayangi, mengasisihi Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . sehingga diwahyukan Firman Allah kepada kekasihNya yang bermaksud :

Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara , isteri-isteri,kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) jalan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik. QS: At-Taubah: 24

Tidakkah terdapat sebuah hadits rawayat Imam Muslim dari Anas bahwa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : " Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia."

Para Sohabah رضي الله عنهم أجمعين rela kehilangan harta kekayaan, jiwa, anak-anak, orang tua dan seluruh manusia yang lain bahkan lebih baik kehilangan segala kenikmatan dari pada kehilangan Rasulullah Saw. Cuba selami peristiwa berikut :

1- sikap kaum Ansor ketika selesai perang Hunain, seperti diriwayatkan oleh Abu Said, ia berkata: " Maka kaum Anshor menangis hingga air mata mereka membasahi janggutnya dan mereka mengatakan: kami rela menerima Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjadi bagian dan pemberian untuk kami."

2- Abu Thalha yang telah menjadikan nyawa sebagai taruhan untuk kekasihnya sehingga beliau menyatakan kepada Rasulullah Saw ketika kekalutan perang Uhud: " Wahai Rasulullah صلى الله عليه وسلم janganlah engkau memperlihatkan diri agar tak terkena anak panah pasukan musuh, cukuplah leherku yang menjadi alas tetakan musuh asalkan leher engkau selamat."

3- Abu Dujanah sebagaiman yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Ishaq berkata:" Abu Dujanah pernah menjadikan dirinya sebagai perisai Rasulullah صلى الله عليه وسلم dari panah musuh dengan merangkul Nabi صلى الله عليه وسلم sehingga panah musuh terpacak di belakangnya dan menusuk seluruh tubuhnya sementara beliau tidak bergerak sama sekali."

tiba-tiba berjurai air mata ku bila bila mengimbau sejarah hidup para Sohabah , terasa betapa jauh sikap dan pengorbanan diri dalam mencintai Rasullah صلى الله عليه وسلم jika dibandingkan dengan mereka.

Air mata berjurai lagi, titisannya makin laju bila mengenangkan pertanyaan seorang sahabat semalam tetang kenyataan seorang bergelar DR yang mengguris hati pencinta nabi صلى الله عليه وسلم.

disini saya naqalkan transkrip kuliah DR tersebut :


<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Jawaban balas oleh Panel Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan JAIS, ketika menjawab tuduhan seorang Ustaz didalam tulisannya dalam salah buah akhbar arus perdana :

PANDANGAN MENGENAI STATUS IBU BAPA NABI MUHAMMAD S.A.W. MATI

DALAM KEADAAN KAFIR ATAU SEBALIKNYA

ISU DAN MASALAH

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menerima surat aduan bertulis mengenai status keislaman ibu bapa Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan bertarikh 30 April 2010 (Jumaat). Persoalan tersebut telah dijawab secara panjang lebar oleh seorang pendakwah dari sebuah IPTS. Dengan menggunakan hujah beberapa hadith, pendakwah tersebut menyimpulkan bahawa ibu Nabi (Aminah) dan bapa Nabi (Abdullah) mati dalam keadaan bukan dalam Islam dan kedua-duanya akan masuk api neraka dan diazab.

Berikutan penjelasan isu di atas, ianya telah menimbulkan sensitif di kalangan umat Islam dan terdapat rungutan supaya jawapan tersebut dikaji semula. Berikut adalah sanggahan terhadap isu tersebut.

PENJELASAN MENGENAI HADITH BERKAITAN BAPA NABI DI DALAM NERAKA

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dengan lafaz:

Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik RA: “Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W. “Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Di dalam neraka.” Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah S.A.W. memanggilnya lalu berkata, “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.”

Keterangan daripada pendakwah tersebut menterjemahkan maksud lafaz hadith secara harfiah: “Sesungguhnya bapaku dan bapamu di dalam neraka.” Tanpa meneliti dengan lebih mendalam pelbagai disiplin ilmu, maka dengan tergesagesa beliau menyatakan bahawa ayahanda Nabi mati dalam kekufuran.

Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, JAIS menyanggah pandangan tersebut di atas. Jika diteliti dalam kesepakatan para ahli hadith, mereka mengesahkan bahawa lelaki yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W. itu ialah seorang A’rabi (Badwi). Pendapat ini disepakati berdasarkan hadith yang menceritakan kisah yang sama, yang diriwayatkan oleh Mu’ammar daripada Thabit. Tetapi, perbezaan di antara kedua-dua jalan ialah hadith yang diriwayatkan melalui jalan Mu’ammar tidak mempunyai lafaz:

إِنﱠ أَﺑِﻲوَ أَﺑَﺎكَ ﻓِﻲاﻟﻧﱠﺎرِ

Maksudnya : “Sesungguhnya bapaku dan bapa kamu di dalam neraka.”

Berdasarkan maksud hadith berkenaan jelaslah bahawa lafaz di atas tidak disepakati oleh para perawi hadith.

Hadith yang diriwayatkan oleh Mu’ammar tanpa lafaz tersebut lebih diyakini dari aspek riwayat dan lafaz, menurut ahli hadith, Mu’ammar adalah seorang yang lebih terpelihara hafazannya dan dia tidak menerima sebarang kritikan dari ulama Jarah dan Ta’dil. Tambahan lagi al-Bukhari dan Muslim bersepakat dalam menyatakan keyakinan mereka terhadap Mu’ammar. Ini berbeza dengan situasi Hammad yang hanya diyakini oleh Muslim tetapi tidak di sisi al-Bukhari.

Katakanlah lafaz Hammad ibn Salamah dalam Sahih Muslim di atas adalah dari lafaz Nabi S.A.W. sendiri, maka ia tidak juga boleh dijadikan sandaran dalam menghukum kekufuran ayah Nabi S.A.W. kerana ‘illah dari aspek matan menunjukkan bagaimana Rasulullah S.A.W. menggunakan teknik dan kaedah yang membawa erti kesamaran supaya keadaan menjadi lebih tenang dan terkawal. Rasulullah S.A.W. menggunakan lafaz persamaan kedudukan bagi kedua-dua bapa untuk tujuan-tujuan tertentu.

Di antaranya:

a) Tujuan menyemarakkan semangat mendalami ajaran Islam.

Apabila Rasulullah S.A.W. menyatakan persamaan kedudukan kedua-dua bapa mereka di dalam neraka, wujud persamaan dan tautan hati lelaki A’rabi terhadap Rasulullah S.A.W. dan lebih bersemangat untuk mendalami ajaran Islam.

b) Tujuan mengelak kontroversi ke agama asal.

Sekiranya Rasulullah S.A.W. menyatakan bahawa bapa A’rabi tersebut di dalam neraka, sedangkan bapa Baginda S.A.W. di dalam syurga, maka lelaki A’rabi itu akan merasakan jurang perbezaan di antara mereka berdua dan dikhuatiri perkara ini akan menyebabkan lelaki A’rabi tersebut menjauhi Islam serta kembali murtad.

c) Tujuan menang-menang.

Sekiranya Rasulullah S.A.W. membezakan kesudahan bagi kedua-duanya, dikhuatiri lelaki A’rabi yang terkenal dengan sikap degil dan keras hati akan mengeluarkan kata-kata sumpahan dan cacimaki terhadap Rasulullah S.A.W. yang bakal mengundang laknat dan kemurkaan Allah S.W.T.

d) Tujuan dakwah secara bijaksana.

Teknik yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bertujuan untuk mengelakkan fitnah dan sebarang kejadian yang tidak diingini terhadap kaum A’rabi dan kaum kerabatnya. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai kaum kerabat lelaki A’rabi tersebut memeluk Islam.

Sekiranya dikaji dengan lebih luas lagi, terdapat banyak lafaz-lafaz dari hadith Nabi S.A.W. yang menunjukkan gaya kaedah sebegini. Kerana Nabi S.A.W. adalah seorang yang bijak dalam berdakwah dan berbicara dengan manusia sekadar mana pencapaian akal para pendengarnya.

Apabila berurusan dan berbicara dengan orang Arab Badwi, maka mu’amalah Nabi S.A.W. lebih lembut, mengalah, bertolak ansur dan lunak berbanding dengan mereka yang telah lama memahami serta mendalami Islam.

Selanjutnya jika dikaji secara teliti, terdapat pandangan daripada Hafiz al-Suyuti mengatakan bahawa hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini diriwayatkan oleh Hammad ibn Salamah dengan makna, bukan dengan lafaz.

Manakala lafaz itu berbunyi :
إِنﱠ أَﺑِﻲوَ أَﺑَﺎكَ ﻓِﻲاﻟﻧﱠﺎرِ

Ianya merupakan lafaz yang tidak disepakati oleh para perawi dari jalan hadith yang lain. Berdasarkan riwayat Mu’ammar daripada Thabit pula, tidak kedapatan lafaz di atas, akan tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang lebih umum.

Dalam riwayat yang lain, dikeluarkan oleh al-Bazzar dalam Musnadnya dan alTabrani di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir dengan sanad rijal yang sahih, daripada Sa’ad ibn Abi Waqqas :

Maksudnya, “Sesungguhnya seorang A’rabi datang bertemu Nabi S.A.W. lalu bertanya, “Wahai Rasulullah! Di manakah bapaku?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Di dalam neraka.” Maka lelaki Badwi tadi bertanya pula, “Di mana pula bapamu?” Rasulullah S.A.W. menjawab, “Tatkala kamu berjalan berhampiran kubur seorang kafir, beritakan kepadanya bahawa dia di dalam neraka.”

Hadith yang diriwayatkan dari Sa’ad ibn Waqqas ini secara jelas menerangkan bahawa lelaki yang bertanya soalan kepada Rasulullah S.A.W. ini adalah seorang badwi. Disebabkan oleh Badwi tersebut dikhuatiri akan murtad kerana imannya belum mantap, kefahamannya mengenai Islam masih cetek. Kerana itu, secara psikologi Rasulullah S.A.W. menjawab sedemikian.

Para ulama menyatakan bahawa lafaz “Abi” di dalam riwayat Muslim bukanlah ditujukan kepada Abdullah kerana tradisi masyarakat Arab ialah mereka memanggil ayah, bapa saudara dan datuk dengan gelaran “Abi”. Ini yang harus difahami dengan jelas oleh para penafsir hadith.

RUMUSAN

Jika diteliti kesimpulan yang diberikan oleh pendakwah dari IPTS itu, beliau menegaskan bahawa berdasarkan hadith-hadith sahih yang dipetik dari Bukhari dan Muslim, jelaslah ibu bapa Nabi meninggal dunia berstatus kafir. Walaupun hadith tersebut sahih dari segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa teks hadith ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ia adalah suatu yang biasa berlaku ketika penafsir berinteraksi dengan hadith. Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadith. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadith itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami sesuatu teks hadith, jelaslah bahawa penafsiran hadith di atas tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi S.A.W. kufur dan diazab. Pertamanya, makna zahir hadith ini tidak boleh diterima kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran. Antaranya, ayat-ayat yang mensabitkan bahawa Nabi S.A.W. adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti dalam Surah al-Syu’ara’ 26 : 219 yang bermaksud, “dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud”. Ibnu ‘Abbas r.a, seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi, berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi sa.w. telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.

Maksud zahir hadith ini juga bertentangan dengan nas-nas al-Quran.

Hal ini menurut satu kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan para rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar. Lihat al-Qur’an Surah al-Isrā’ 17 : 15, Surah al-An’ām 6 : 131, Surah al-Syu’arā’ 26 : 208 dan Surah al-Nisā’ 4 : 165. Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad S.A.W. sebelum kebangkitan Baginda. Lihat juga Surah Sabā’ 34 : 44 dan Surah al-Qasas 28 : 46. Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah kedua-dua ibu dan bapa Nabi S.A.W. sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul, menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

Adalah menjadi suatu kewajipan bagi semua umat Islam termasuk para pendakwah hendaklah meneliti sesuatu hukum itu dengan mendalam dan mengambil kira kesan positif terhadap umat Islam sejagat. Pandangan yang bersifat membina kekuatan umat Islam lebih afdal berbanding mengeluarkan sesuatu kenyataan yang bersifat merendahkan maruah umat Islam di kalangan bukan Islam. Adalah lebih baik dan berakhlak dengan mencontohi akhlak seperti yang ditunjukan dalam al-Qur`an. Jika diteliti dalam al-Qur`an, terdapat satu ayat berbunyi dengan maksudnya “Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan RasulNya, mereka dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat serta disediakan bagi mereka azab yang menghinakan.”

Dalam satu kenyataan yang lain disebut : Dan tiadalah perkara yang lebih menyakitkan Rasulullah S.A.W. selain menyatakan bapa Baginda diazab di dalam neraka. Berdasarkan maksud ayat di atas dapatlah difahamkan bahawa umat Islam diperintahkan supaya sentiasa menjaga adab dan menghormati Nabi S.A.W. dan ahli keluarga termasuk kedua ibu bapanya.

Umat Islam tidak dibenarkan untuk menyakiti hati Rasulullah S.A.W. dengan mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada secara tulisan mahupun secara lisan. Adalah amat tidak beradab bagi orang yang sanggup mengeluarkan kata-kata yang secara langsung menyakiti ibu bapa Rasulullah S.A.W. dengan berpandukan hadith-hadith seperti yang dinyatakan di atas.

Justeru, JAIS berpandangan, ibu bapa Rasulullah S.A.W. mati dalam keadaan tidak diazab dan tidak dimasukkan dalam neraka kerana berpandukan ayat al-Qur`an Surah Al-Isra 17 : 16 yang maksudnya : “Dan Kami tidak akan mengazab seseorang pun kecuali telah sampai padanya utusan (dakwah) dan dia enggan menerima”.

Dalam istilah yang lebih mudah difahami, dapat dikatakan bahawa kedua ibu bapa Nabi Muhammad iaitu Aminah dan Abdullah termasuk dalam golongan ahli fatrah iaitu golongan manusia yang tidak sampai dakwah dan golongan tersebut tidak diazab oleh Allah S.W.T. Sementara itu, kebanyakan ulama Shafie berpendapat bahawa ibu bapa Nabi dan ahli keluarganya sebelum kedatangan Islam, adalah berpandukan kepada agama al-Hanifiyyah dan tiada bukti mereka menyembah berhala. Sila lihat Fatwa Mantan Mufti Mesir Asy-Syeikh Muhammad Bakhit al-Muti’iy dalam Al-Fatawa Al-Islamiyyah, 1982.

PENUTUP

Adalah dicadangkan supaya umat Islam tidak membincangkan hadith-hadith yang menjurus kepada timbulnya isu percanggahan pendapat di kalangan para ulama secara terbuka. Dikhuatiri ianya boleh memberi impak negatif terhadap masyarakat awam yang kurang memahami tentang percanggahan pendapat tersebut.

Perbincangan ilmiah berkaitan sesuatu hadith secara tertutup sama ada di kalangan pelajar atau golongan akademi adalah sesuatu yang amat digalakkan, tetapi perbincangan secara terbuka khususnya melalui media massa seperti surat khabar dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah dihentikan serta merta !

Semua pihak hendaklah berhati-hati dengan mana-mana media yang didapati mempunyai tendensi yang kuat bagi membuka ruang dan peluang memperagakan lslam dengan permasalahan remeh temeh dan sensitif.

Disediakan oleh,
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
Pada: 3 Jun 2010 / 20 Jamadilakhir 1431H

"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

Jangan sakiti Rasulullah

Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

PARA penceramah perlu berhati-hati dalam memperkatakan sesuatu yang ada hubung kait dengan Nabi Muhammad SAW. – Gambar hiasan

SESIAPA saja akan sedih dan terguris hati jika keburukan kedua ibu bapa disebut-sebut di hadapannya kalaupun ia suatu yang benar dan bukan sekadar tuduhan. Inilah fitrah hubungan kasih dan sayang yang ada antara seseorang itu dengan ibu bapa kandungnya.

Keburukan apakah yang lebih besar dan jelas selain daripada kekufuran Abu Lahab sehingga celaan Allah SWT dalam al-Quran.

Namun, apabila sampai ke telinga Nabi bahawa ada sahabat yang mengungkit tentang kekufuran dan penentangan Abu Lahab di hadapan anak perempuannya yang Muslim, baginda melarang dan menegur perbuatan itu.

“Jangan sakiti yang Islam dengan menyebut-nyebut yang kafir,” sabda baginda.

Jika itulah sikap Nabi dalam kes Abu Lahab, bagaimanakah pula jika ibu dan bapa baginda sendiri yang disebut dan diungkit sebagai kufur dan berada dalam neraka?

Adakah Nabi tidak terguris hati atau merasa disakiti, tanpa mengira apa pun niat si penyebut? Lebih buruk lagi jika pandangan bahawa ibu dan bapa nabi itu kufur adalah tidak benar dan bercanggah dengan pandangan jumhur ulama.

Maka kenyataan tersebut merupakan suatu pendustaan terhadap kekasih Allah SWT dan makhluk-Nya yang paling mulia.

Malangnya, akhir-akhir ini, ada dakwaan bahawa ibu dan bapa Nabi itu kufur dan berada dalam neraka. Ia diketengahkan dalam masyarakat kita secara terbuka dalam media perdana oleh segelintir pendakwah.

Dalam keadaan begitu tidak mustahil ramai ahli masyarakat yang tidak berilmu akan mudah terpengaruh, lantas sama-sama mengulangi kalimah yang pastinya menyakiti Nabi itu.

Mahukah kita jika Allah SWT memandang umat Islam di Malaysia sebagai tidak peka dengan apa yang menyakiti kekasih-Nya? Bukankah ini boleh mengundang kemurkaan Allah dan rasul-Nya?

Sebenarnya tidak ada satu sebab munasabah untuk mengungkit isu status ibu dan bapa Nabi.

Jika isu ini tidak ditimbulkan, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi. Itu sikap yang lebih berasas dan tepat seperti yang akan dihuraikan.

Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini bercanggah dengan hadis, tetapi apakah ia menepati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan.

Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia?

Selain tiada keperluan jelas, isu ini juga tidak patut ditimbulkan secara terbuka. Untuk memastikan ia benar-benar dihuraikan secara adil ia menuntut kajian dan penelitian ilmiah khusus.

Sebenarnya, isu ini ada persamaan dengan beberapa isu agama yang sifatnya kompleks dan boleh mengelirukan yang suka ditimbulkan oleh segelintir penceramah akhir-akhir ini. Apabila ada yang menimbulkannya secara terbuka maka wajib penjelasan dibuat agar masyarakat tidak keliru dan tersalah faham. Pendek kata ia sudah menjadi suatu kemungkaran dan kezaliman ilmiah yang wajib dicegah dan diperbetulkan.

Pandangan yang mendakwa ibu dan bapa Nabi adalah kufur dan berada dalam neraka sebenarnya berpuncakan dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Dalam salah satunya, Nabi bersabda bahawa baginda tidak diizinkan oleh Allah memohon keampunan bagi ibu baginda tetapi diizinkan menziarahi kuburnya.

Dalam hadis kedua, Nabi diriwayatkan menjawab pertanyaan seorang lelaki tentang nasib bapanya dengan menjawab bahawa ayah lelaki tersebut dan ayah baginda sendiri berada dalam neraka.

Walaupun sahih daripada segi sanadnya tetapi jumhur ulama berpendapat bahawa matan atau teks hadis-hadis ini tidak boleh difahami secara zahir semata-mata. Ini suatu yang biasa berlaku dalam berinteraksi dengan hadis.

Bukan hanya kesahihan sanad menjadi penentuan hukum daripada sesuatu hadis. Terdapat juga kaedah-kaedah tertentu dalam memahami teks hadis itu sendiri yang perlu dipatuhi.

Berdasarkan kaedah-kaedah dalam memahami teks hadis, hadis-hadis di atas tidak mendokong kesimpulan bahawa ibu dan bapa Nabi kufur dan diazab.

Pertamanya, makna zahir hadis-hadis ini tidak boleh dipegang kerana ia bertentangan dengan nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang lain. Antaranya, ayat-ayat dan hadis yang mensabitkan bahawa Nabi adalah berasal daripada keturunan yang mulia dan terpelihara seperti ayat 219 surah al-Syuara’ yang bermaksud: dan (Allah melihat) pergerakanmu di antara orang-orang yang sujud.

Ibnu Abbas seperti yang diriwayatkan oleh al-Bazzar, al-Tabrani dan Abu Nuaim serta dalam tafsir-tafsir al-Tabari dan al-Qurtubi berpendapat bahawa ayat ini bermaksud bahawa Nabi telah berpindah dari satu sulbi ke satu sulbi di kalangan nenek moyang yang sujud dan beriman.

Hal ini disokong oleh hadis-hadis yang merakamkan bahawa Nabi pernah memuji atau berbangga dengan ibu bapa dan keturunannya sedangkan adalah tidak wajar Nabi melakukan demikian jika mereka itu syirik atau kufur.

Maksud zahir hadis-hadis itu juga bertentangan nas-nas al-Quran berkenaan kaedah bahawa Allah SWT tidak akan mengazab sesuatu kaum sebelum dikirimkan rasul-rasul-Nya untuk menyampaikan agama yang benar (al-Israk: 15, al-Anaam: 131, al-Nisaa’: 165)

Terdapat pula ayat-ayat yang menafikan bahawa terdapat rasul yang dikirim kepada kaum Nabi Muhammad sebelum kebangkitan baginda (Saba’: 44, al-Qasas: 46).

Maka kesimpulan yang lebih tepat adalah ibu dan bapa Nabi sama ada beriman dengan peninggalan risalah rasul-rasul yang terdahulu ataupun tergolong dalam kalangan Ahlul Fatrah, iaitu mereka yang berada di zaman yang tiada rasul yang menyebabkan mereka secara prinsipnya tidak akan diazab.

====================================================================================

KESIMPULAN SAYA YANG LEMAH :

ORANG YANG PERNAH BERTEMU DENGAN BAIGNDA NABI TIDAK AKAN SANGGUP MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA DAN MENGGURIS PERASAAN BAGINDA . PERNAHKAH TUAN MELIHAT NABI DALAM TIDURMU ?

BIARLAH BERHATI-HATI DALAM HAL INI , JANGANLAH KITA TERHIJAB NANTI DARI MELIHAT WAJAH NABI DISEBABKAN SIKAP KITA YANG TIDAK SENSITIF DALAM MENJAGA HUBUNGAN DENGAN BAGINDA SEHINGGA MENGUNGKIT DAN MENYEBUT PERKARA YANG AKAN MENGGURIS PERASAAN SETIAP ORANG PENCINTANYA.

PESAN GURU KAMI AL-HABIB UMAR BIN HAFIDH :

DEMI MASA.. Allah telah bersumpah dengan "Masa", yaitu Masa kehidupan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, sebagaimana Allah bersumpah pada ayat yang Lain "DEMI USIAMU YAA MUHAMMAD, SUNGUH MEREKA TENGGELAM DALAM MABUK KESIA-SIAAN" (QS Al Hijr-72), dan sejak Usia beliau dan Masa Beliau صلى الله عليه وسلم bermula dengan Maulid (kelahiran) beliau صلى الله عليه وسلم, selesai dengan wafat.., maka semua masa sebelum kelahiran beliau صلى الله عليه وسلم dan sesudah wafat beliau صلى الله عليه وسلم menjadi jauh berbeza dengan masa kehidupan beliau saw (sebelum kelahiran adalah kegelapan, sesudah wafat beliau adalah cahaya hidayah, maka kegelapan dan cahaya hidayah dipisahkan oleh usia beliau صلى الله عليه وسلم, maka Allah bersumpah dengan Masa kehidupan dan usia beliau صلى الله عليه وسلم.

Diciptakan Nya Langit dan Bumi, tercipta pula masa setahun selama 12 bulan, yang padanya terdapat 4 bulan haram, maka semua daripada tahun-tahun itu, dan segenap bulan-bulan, terlewatkan 4 bulan, dan berlalu dari tahun ke tahun dan dari abad ke abad, namun dari segenap masa itu tiada seperti masa saat kelahiran beliau hingga wafatnya صلى الله عليه وسلم, masa 63 tahun ini, tak ada yang menyamai kemuliaannya pada waktu sebelumnya atau sesudahnya, yaitu saat itu adalah Allah memunculkan sang Kekasih yang menjadi makhluk yang paling dicintai Nya, dan semulia-mulia segala sesuatu di sisi Nya, dialah Nabi Kalian Muhammad... صلى الله عليه وسلم, yang menyeru kalian Sayyidina Muhammad.. صلى الله عليه وسلم, yang menyelamatkan kalian dari neraka, dari kemurkaan, kehinaan, siksa, musibah, Sayyiduna Muhammad.., yang membuat kalian dijadikan sebagai sebaik-baik ummat dimuka bumi, dan kekasih sanubari kita Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وسلم..

Allah akan perlihatkan pada kalian wajah beliau saw di dunia ini....!, Allah akan perlihatkan pada kalian wajah beliau صلى الله عليه وسلم saat di sakratulmaut..!, akan perlihatkan pada kalian wajah beliau صلى الله عليه وسلم saat di alam barzakh..!, akan perlihatkan pada kalian wajah beliau صلى الله عليه وسلم saat di hari kiamat...!, akan perlihatkan pada kalian wajah beliau صلى الله عليه وسلم saat di dalam Istana Sorga..!, dan kita semua dan keluarga kita, dan anak anak kita dan para kekasih kita Wahaiiii....Rabbul 'alamiin..

Celakalah mata, yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad.., Celakalah mata yang terdapat terhalang antaranya dengan Bentuk Muhammad صلى الله عليه وسلم, Demi Allah.. mata itu yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad صلى الله عليه وسلم dihari kiamat..diharamkan dari melihat sorga, diharamkan dari melihat Allah.. selama-lama Nya.., tempat mereka adalah api, akan kembali kepada Api, puri-puri kehinaan, Celakalah mata yang diharamkan dari melihat wajah Muhammad صلى الله عليه وسلم, celakalah atasnya.. celakalah atasnya.. celakalah atasnya.., Wahai Allah janganlah kau jadikan pada kami mata yang diharamkan dari melihat wajah Nabi Mu صلى الله عليه وسلم, juga pada keluarga kami, istri-istri kami, anak-anak kami, kerabat kami, putra-putri kami, sahabat-sahabat kami, murid-murid kami, dan para pecinta kami Wahai Rabbul 'alamiin............., Yaa Arhamarrahimiin..., Yaa Arhamarrahimiin..., Yaa Arhamarrahimiin..

No comments:

Post a Comment