hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Monday, July 12, 2010

KECELARUAN SYI'AH

Assalamualaikum..

Berikut apa yang boleh ana sediakan untuk menjawab pertanyaan saudara dari PERODUA berkaitan isu tanah fadak . Semoga Allah memberi taufiq dan hidayahnya kepada kita agar sentiasa berada di atas landasan kebenaran.

Isu yang selalu dimainkan oleh kumpulan Syi’ah dalam mencerca Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu adalah isu tanah Fadak. Mereka mendakwa Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu telah berlaku dhaalim kerana menahan tanah Fadak yang dianggap sebagai warisan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepada Sayyidah Faathimah radliyallaahu ‘anhaa.
Sebelum menjawab isu ini beberapa perkara perlu diteliti untuk membuka minda dan kefahaman bahawa apa yang didakwa kaum syi’ah adalah tidak benar.
1- Berdebat dengan syiah umpama mencurah air ke daun keladi, tidak akan memberi faedah. Ini adalah kerana terdapat jurang yang amat luas antara Ahli Sunnah dan Syiah dalam masalah usul dan aqidah. Cuba fahami pengakuan seorang tokoh Syiah, Nikmatullah al-Jazairi:

“Kita (Syiah) tidak bersama-sama dengan mereka (Ahli Sunnah) dalam persoalan Tuhan, Nabi dan Imam. Kerana mereka (Ahli Sunnah) berkata bahawa Tuhan mereka ialah Tuhan yang mana Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ialah nabiNya, dan Abu Bakar ialah khalifahnya. Sedangkan kita tidak mengatakan Tuhan yang demikian, dan Nabi yang demikian. Bahkan kita mengatakan bahawa Tuhan yang mana khalifah nabiNya ialah Abu Bakar BUKAN Tuhan kami, dan Nabi tersebut BUKAN Nabi kami”. (Al-Anwar al-Nukmaniyyah 2/278).

2- Hadits yang menjaadi hujah syiah menentang ahli sunnah diammbil dari riwayat Ummul mukminin Sayyidah A’isyaah radliyallaahu ‘anhaa. Apa yang kita perlu persoalkan kenapakah mereka menjadikan riwaayatnya sebagai hujah sedangkan mereka tidak mempercayai kata-katanya dan melebelkannya sebagai seorang kafir, perempuan yang berzina dan berbagai-bagai ucapan dan laknat terhadap Ummul mukminin Sayyidah A’isyaah radliyallaahu ‘anhaa dilontarkan oleh golongan ini. Oleh itu kami ingin bertanya, apa mungkin boleh kamu menggunakan kata-kata Ummul mukminin Sayyidah A’isyaah radliyallaahu ‘anhaa setelah beliau kamu tidak percayai? Atau ini hanya taqiyah kamu untuk menyesatkan umat Muhammad?

3- Ajaran syiah itu sendiri banyak kekeliruan dan keraguan.. bagaimana mungkin mereka bersungguh-sungguh memperjuangkan hak tanah fadak kepada Sayyidah Faathimah radliyallaahu ‘anhaa tetapi dalam masa yang sama ajaran mereka mengatakan seorang perempuan tidak mewarisi harta peninggalan simati ( lelaki ).
Sumber Syi’ah meriwayatkan daripada kitab Ali r.a. “Sesungguhnya wanita-wanita tidak ada hak bagi mereka daripada aset tetap seorang lelaki jika dia meninggal dunia dan meninggalkan harta itu”. (Aqaid al-Syiah al-Itsnai Asyariyyah 162)
Satu bab bertajuk “ Wanita tidak Mewarisi tanah dan Bangunan sedikit pun” telah dibuat oleh al-Kulaini dalam al-Kafi. Terdapat riwayat dari ucapan Abu Ja’far bahawa “ Wanita tidak mewarisi tanah dan rumah sedikit pun”( Furu’ al-Kafi ( 7/127 )
4- Syi’ah juga mengaitkan keengganan Abu Bakr ini dan kemarahan Sayyidah Faathimah radliyallaahu ‘anhaa dengan sabdaan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, “Fatimah adalah sebahagian daripada aku. Sesiapa membuatnya murka, maka nescaya dia membuatkan aku murka”. (al- Bukhari no 3556, dan Muslim no; 2449).
Menurut hukum Syiah , Abu Bakar telah membuatkan Fatimah marah kerana menahan pewarisan tanah Fadak. Sesiapa membuatkan Fatimah marah, maka dia telah membuatkan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam marah. Natijahnya, Abu Bakar dimurkai oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Tidakkah orang syi’ah merujuk asbab wurud Hadits tentang marahnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dengan sebab marahnya Fatimah ? Bukankah punca sabdaan baginda adalah kerana Aliy berhajat untuk menikahi anak perempuan Abu Jahal.
Terdapat hadis sahih yang menyatakan : Aliy meminang anak Abu Jahal. Lalu Fatimah mendengarnya lantas menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Beliau berkata, “Kaum engkau mendakwa bahawa engkau tidak marah demi anak-anak perempuanmu. Ini dia Ali hendak menikahi anak perempuan Abu Jahal”. Lalu baginda pun bangun dan mengucapkan hadis tersebut. (al- Bukhari no: 3523).
Walaupun sabdaan baginda dibaca secara umum, iaitu siapa yang membuatkan Fatimah marah maka dia membuatkan Nabi marah, tetapi sebab asalnya ialah kes Ali yang menyebabkan Fatimah marah. sekiranya hadits ini difahami dengan cara Syi’ah faham iaitu setiap kes yang menyebabkan Fatimah marah, maka Nabi Sallallahu Alahi Wasallam akan marah, maka orang pertama yang sepatutnya mendapat kemurkaan baginda ialah Ali sendiri.
Sekiranya Syi’ah berpendapat bahawa Ali tidak termasuk dalam kalangan orang yang dimurkai Nabi, maka Abu Bakar lebih utama untuk tidak termasuk kalangan orang yang dimurkai Nabi. Apatah lagi dalam kes yang kebenarannya berpihak kepada Abu Bakar.

Memahami hadits berkaitan isu fadak dan dakwaan pewarisan tanah fadak kepada Sayyidah Faathimah radliyallaahu ‘anhaa :
1- Hadits yang sering dibicarakan mengenai permasalahan ini adalah hadits berikut :
حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام ابْنَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَأَلَتْ أَبَا بَكْرٍ الصِّدِّيقَ بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَقْسِمَ لَهَا مِيرَاثَهَا مِمَّا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْهِ فَقَالَ لَهَا أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ فَغَضِبَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَجَرَتْ أَبَا بَكْرٍ فَلَمْ تَزَلْ مُهَاجِرَتَهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ وَعَاشَتْ بَعْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ قَالَتْ وَكَانَتْ فَاطِمَةُ تَسْأَلُ أَبَا بَكْرٍ نَصِيبَهَا مِمَّا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خَيْبَرَ وَفَدَكٍ وَصَدَقَتَهُ بِالْمَدِينَةِ فَأَبَى أَبُو بَكْرٍ عَلَيْهَا ذَلِكَ وَقَالَ لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ فَإِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيغَ فَأَمَّا صَدَقَتُهُ بِالْمَدِينَةِ فَدَفَعَهَا عُمَرُ إِلَى عَلِيٍّ وَعَبَّاسٍ وَأَمَّا خَيْبَرُ وَفَدَكٌ فَأَمْسَكَهَا عُمَرُ وَقَالَ هُمَا صَدَقَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتَا لِحُقُوقِهِ الَّتِي تَعْرُوهُ وَنَوَائِبِهِ وَأَمْرُهُمَا إِلَى مَنْ وَلِيَ الْأَمْرَ قَالَ فَهُمَا عَلَى ذَلِكَ إِلَى الْيَوْمِ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul-‘Aziiz bin ‘Abdillah : Telah menceritakan kepada kami Ibraahiim bin Sa’d, dari Shaalih, dari Ibnu Syihaab, ia berkata : Telah menceritakan kepadaku ‘Urwah bin Az-Zubair : Bahwasannya ‘Aaisyah ummul-mukminiin radliyallaahu ‘anhaa telah mengkhabarkannya : Faathimah ‘alaihas-salaam putri Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah meminta kepada Abu Bakr Ash-Shiddiq setelah wafatnya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam agar memberkan kepadanya bagian harta warisan yang ditinggalkan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dari harta fa’i yang Allah karuniakan kepada beliau.
Abu Bakr berkata kepadanya : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda : ‘Kami tidak mewariskan, dan apa yang kami tinggalkan semuanya sebagai shadaqah’. Maka Faathimah binti Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam marah dan tidak menegur Abu Bakr setelah itu hingga ia meninggal. Faathimah hidup setelah kewafatan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam selama enam bulan”. ‘Aisyah radliyallaahu ‘anhaa berkata : “Fathimah pernah meminta Abu Bakr bagian dari harta yang ditinggalkan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam berupa tanah di Khaibar dan di Fadak (nama tempat, dekat Madinah) dan shadaqah beliau di Madinah namun Abu Bakr mengabaikannya dan berkata : “Aku tidak akan meninggalkan sedikitpun sesuatu yang pernah dikerjakan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam melainkan akan aku kerjakan. Sungguh aku takut menjadi sesat jika meninggalkan apa yang diperintahkan beliau. Adapun shadaqah beliau di Madinah telah diberikan oleh ‘Umar kepada ‘Ali dan ‘Abbas, sementara tanah di Khaibar dan Fadak telah dipertahankan oleh ‘Umar dan mengatakannya bahwa keduanya adalah shadaqah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang hak-haknya akan diberikan kepada yang mengurus dan mendiaminya sedangkan urusannya berada di bawah keputusan pemimpin“. Abu Bakar berkata : “Dan keadaannya tetap seperti itu hingga hari ini” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 3092-3093].
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهَا السَّلَام بِنْتَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَتْ إِلَى أَبِي بَكْرٍ تَسْأَلُهُ مِيرَاثَهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَيْهِ بِالْمَدِينَةِ وَفَدَكٍ وَمَا بَقِيَ مِنْ خُمُسِ خَيْبَرَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي هَذَا الْمَالِ وَإِنِّي وَاللَّهِ لَا أُغَيِّرُ شَيْئًا مِنْ صَدَقَةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ حَالِهَا الَّتِي كَانَ عَلَيْهَا فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَأَعْمَلَنَّ فِيهَا بِمَا عَمِلَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَبَى أَبُو بَكْرٍ أَنْ يَدْفَعَ إِلَى فَاطِمَةَ مِنْهَا شَيْئًا فَوَجَدَتْ فَاطِمَةُ عَلَى أَبِي بَكْرٍ فِي ذَلِكَ فَهَجَرَتْهُ فَلَمْ تُكَلِّمْهُ حَتَّى تُوُفِّيَتْ وَعَاشَتْ بَعْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سِتَّةَ أَشْهُرٍ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ دَفَنَهَا زَوْجُهَا عَلِيٌّ لَيْلًا وَلَمْ يُؤْذِنْ بِهَا أَبَا بَكْرٍ وَصَلَّى عَلَيْهَا وَكَانَ لِعَلِيٍّ مِنْ النَّاسِ وَجْهٌ حَيَاةَ فَاطِمَةَ فَلَمَّا تُوُفِّيَتْ اسْتَنْكَرَ عَلِيٌّ وُجُوهَ النَّاسِ فَالْتَمَسَ مُصَالَحَةَ أَبِي بَكْرٍ وَمُبَايَعَتَهُ وَلَمْ يَكُنْ يُبَايِعُ تِلْكَ الْأَشْهُرَ فَأَرْسَلَ إِلَى أَبِي بَكْرٍ أَنْ ائْتِنَا وَلَا يَأْتِنَا أَحَدٌ مَعَكَ كَرَاهِيَةً لِمَحْضَرِ عُمَرَ فَقَالَ عُمَرُ لَا وَاللَّهِ لَا تَدْخُلُ عَلَيْهِمْ وَحْدَكَ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ وَمَا عَسَيْتَهُمْ أَنْ يَفْعَلُوا بِي وَاللَّهِ لآتِيَنَّهُمْ فَدَخَلَ عَلَيْهِمْ أَبُو بَكْرٍ فَتَشَهَّدَ عَلِيٌّ فَقَالَ إِنَّا قَدْ عَرَفْنَا فَضْلَكَ وَمَا أَعْطَاكَ اللَّهُ وَلَمْ نَنْفَسْ عَلَيْكَ خَيْرًا سَاقَهُ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَكِنَّكَ اسْتَبْدَدْتَ عَلَيْنَا بِالْأَمْرِ وَكُنَّا نَرَى لِقَرَابَتِنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَصِيبًا حَتَّى فَاضَتْ عَيْنَا أَبِي بَكْرٍ فَلَمَّا تَكَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ قَالَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَرَابَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحَبُّ إِلَيَّ أَنْ أَصِلَ مِنْ قَرَابَتِي وَأَمَّا الَّذِي شَجَرَ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْ مِنْ هَذِهِ الْأَمْوَالِ فَلَمْ آلُ فِيهَا عَنْ الْخَيْرِ وَلَمْ أَتْرُكْ أَمْرًا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُهُ فِيهَا إِلَّا صَنَعْتُهُ فَقَالَ عَلِيٌّ لِأَبِي بَكْرٍ مَوْعِدُكَ الْعَشِيَّةَ لِلْبَيْعَةِ فَلَمَّا صَلَّى أَبُو بَكْرٍ الظُّهْرَ رَقِيَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَتَشَهَّدَ وَذَكَرَ شَأْنَ عَلِيٍّ وَتَخَلُّفَهُ عَنْ الْبَيْعَةِ وَعُذْرَهُ بِالَّذِي اعْتَذَرَ إِلَيْهِ ثُمَّ اسْتَغْفَرَ وَتَشَهَّدَ عَلِيٌّ فَعَظَّمَ حَقَّ أَبِي بَكْرٍ وَحَدَّثَ أَنَّهُ لَمْ يَحْمِلْهُ عَلَى الَّذِي صَنَعَ نَفَاسَةً عَلَى أَبِي بَكْرٍ وَلَا إِنْكَارًا لِلَّذِي فَضَّلَهُ اللَّهُ بِهِ وَلَكِنَّا نَرَى لَنَا فِي هَذَا الْأَمْرِ نَصِيبًا فَاسْتَبَدَّ عَلَيْنَا فَوَجَدْنَا فِي أَنْفُسِنَا فَسُرَّ بِذَلِكَ الْمُسْلِمُونَ وَقَالُوا أَصَبْتَ وَكَانَ الْمُسْلِمُونَ إِلَى عَلِيٍّ قَرِيبًا حِينَ رَاجَعَ الْأَمْرَ الْمَعْرُوفَ
Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Bukair : Telah menceritakan kepada kami Al-Laits, dari ‘Uqail, dari Ibnu Syihaab, dari ‘Urwah, dari ‘Aaisyah : Bahwasannya Faathimah ‘alaihas-salaam binti Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengutus utusan kepada Abu Bakr meminta warisannya dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam dari harta fa’i yang Allah berikan kepada beliau di Madinah dan Fadak, serta baki seperlima ghanimah Khaibar. Maka Abu Bakr berkata : ‘Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda : ‘Kami tidak diwarisi, segala yang kami tinggalkan hanya sebagai sedekah. Hanya saja, keluarga Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam makan dari harta ini’. Dan demi Allah, aku tidak akan mengubah sedikitpun shadaqah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dari keadaannya semula, sebagaimana harta itu dikelola semasa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, dan akan aku kelola sebagaimana Rasulullah mengelola. Maka Abu Bakr enggan menyerahkan sedikitpun kepada Fathimah sehingga Fathimah marah kepada Abu Bakr dalam masalah ini. Fathimah akhirnya mengabaikan Abu Bakr dan tak pernah mengajaknya bicara hingga ia meninggal. Dan ia hidup enam bulan sepeninggal Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Ketika wafat, ia dimandikan oleh suaminya, Aliy, ketika malam hari, dan ‘Aliy tidak memberitahukan perihal meninggalnya kepada Abu Bakr; padahal semasa Faathimah hidup, ‘Aliy dihormati oleh masyarakat. Akan tetapi, ketika Faathimah wafat, ‘Aliy memungkiri penghormatan orang-orang kepadanya, dan ia lebih cenderung berdamai dengan Abu Bakr dan berbaiat kepadanya, meskipun ia sendiri tidak berbaiat di bulan-bulan itu. ‘Aliy kemudian mengutus seorang utusan yang dengan pesannya : ‘Tolong datanglah kepada kami, dan jangan seorangpun bersamamu!’. Ucapan ‘Aliy ini karena ia tidak suka jika Umar turut hadir (bersama Abu Bakr). Namun ‘Umar mengatakan : ‘Tidak, demi Allah, jangan engkau temui mereka sendirian’. Abu Bakr berkata : ‘Kalian tidak tahu apa yang akan mereka lakukan terhadapku. Demi Allah, aku sajalah yang menemui mereka.’ Abu Bakr lantas menemui mereka. ‘Aliy mengucapkan syahadat dan berkata : ‘Kami tahu keutamaanmu dan apa yang telah Allah kurniakan kepadamu. Kami tidak mendengki kebaikan yang telah Allah berikan padamu, namun engkau telah sewenang-wenang dalam memperlakukan kami. Kami berpendapat/berpandangan, selayaknya kami peroleh bagian karena hubungan kerabat kami dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam’. Hingga kemudian kedua mata Abu Bakr menangis (karena mendengarnya). Ketika Abu Bakr berbicara, Abu Bakr berkata : ‘Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, kekerabatan Rasulullah lebih aku cintai daripada aku menyambung kekerabatanku sendiri. Pokok permasalahan antara aku dan kalian dari harta ini, sebenarnya aku selalu berusaha berbuat kebaikan. Tidaklah kutinggalkan suatu perkara yang kulihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukannya, melainkan aku melakukannya juga’. Kemudian ‘Aliy berkata kepada Abu Bakr : ‘Waktu baiat kepada kamu adalah petang nanti’. Ketika Abu Bakr telah shalat zohur, beliau naik mimbar lalu mengucapkan syahadat, lalu beliau menjelaskan permasalahan ‘Aliy dan ketidakikutsertaannya dari bai’at serta alasannya. ‘Aliy kemudian beristighfar dan mengucapkan syahadat, lalu mengemukakan keagungan hak Abu Bakar, dan menceritakan bahwa apa yang dilakukannya tidak sampai mengheretnya untuk dengki kepada Abu Bakar. Tidak pula sampai mengingkari keutamaan yang telah Allah berikan kepada Abu Bakr. (‘Aliy berkata) : ‘Hanya saja, kami berpendapat/berpandangan bahwa kami sebenarnya layak untuk menyatakan pendapat dalam masalah ini (warisan), namun Abu Bakr telah bertindak sewenang-wenang terhadap kami sehingga kami pun merasa marah terhadapnya’. Kaum muslimin pun bergembira atas pernyataan ‘Aliy dan berkata : ‘Engkau benar’. Sehingga kaum muslimin semakin dekat dengan ‘Aliy ketika ‘Aliy mengembalikan keadaan menjadi baik” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 4240-4241].
Mereka (Syi’ah) menjadikan kemarahan Sayyidah Faathimah radliyallaahu ‘anhaa yang tidak menegur Abu Bakr radliyallaahu sebagai dalil untuk menyalahkan Abu Bakr dalam permasalahan ini.
Hujah ini tidak dapat diterima kerana perbuatan Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu itu didasarkan oleh pengetahuannya mengenai sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam ? Bukankah alasan Abu Bakr tidak memenuhi permintaan Faathimah – yang ia cintai karena agama – karena ia tidak ingin tersesat akibat menginggalkan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam ?
Dalam hal ini, ‘Aliy bin Abi Thaalib radliyallaahu ‘anhu telah keliru dengan mengatakan bahwa apa yang diperbuat Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu merupakan tindakan kesewenang-wenangannya, apatah lagi sekadar pendapat pribadinya semata. Dari hadits di atas juga daapat diambil dalil bahwa tuntutan atas tanah Fadak merupakan pandangan/pendapat ‘Aliy karena faktor hubungan kekeluargaan yang beliau miliki dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebagaimana kata-katanya sendiri :
وَكُنَّا نَرَى لِقَرَابَتِنَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَصِيبًا
“Dan kami berpendapat/berpandangan, selayaknya kami peroleh bagian karena hubungan kerabat kami dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam”.
sesuai dengan keumuman hukum waris dalam syari’at. Padahal dalam masalah ini, baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam mempunyai pengkhusussan; yaitu baginda tidak mewariskan dan semua yang baginda tinggalkan merupakan shadaqah. Inilah yang diketahui oleh Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu dari baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang tidak diketahui oleh ‘Aliy bin Abi Thaalib, Faathimah, dan beberapa shahabat lainnya. Penetapan itu lebih didahulukan daripada penafian, karena dalam penetapan itu mengandung ilmu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menafikkan. Ini sesuai dengan kaidah yang ma’ruf dalam syari’at : Al-mutsbitu muqaddamun ‘alan-naafiy.
2- Syiah tidak dapat menerimanya :
Namun hujah seperti ini Sudah tentu tidak dapat diterima oleh orang-orang Syi’ah kerana menunjukkan Abu Bakr lebih mengetahui dibandingkan ‘Aliy radliyallaahu ‘anhumaa dalam permasalahan ini. Juga, bertentangan dengan pegangan mereka bahawa paara imam maksum yang akhirnya mereka berusaha dengan gigih mencari jalan agar Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu salah.
“Apakah mustahil seandainya ‘Aliy dan Faathimah radliyallaahu ‘anhaa tidak mengetahui satu hadits Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dimana hadits itu diketahui oleh Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu ?. Apakah mustahil ada shahabat lain yang lebih benar perkataannya dibandingkan ‘Aliy dan Faathimah dalam satu atau dua permasalahan ?”.
Kaum Syi’ah akan berkata ‘mustahil’ dengan berbagai dalihnya.
Namun kita, Ahlus-Sunnah, mengatakan tidak mustahil. ‘Aliy dan Faathimah – sebagaimana shahabat yang lainnya – tidaklah mengetahui semua hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berdua tidak selamanya berada di sisi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Cuba renungi permasaalahan berikut :
1- Bukankah ‘Aliy pernah tidak mengetahui kebolehan menggunakan pakaian bercelup dan celak mata saat haji setelah tahallul ?
Berikut potongan hadits yang panjang tentang haji wada’ :
وقدم علي من اليمن ببدن النبي صلى الله عليه وسلم فوجد فاطمة رضى الله تعالى عنها ممن حل ولبست ثيابا صبيغا واكتحلت فأنكر ذلك عليها فقالت إن أبي أمرني بهذا قال فكان علي يقول بالعراق فذهبت إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم محرشا على فاطمة للذي صنعت مستفتيا لرسول الله صلى الله عليه وسلم فيما ذكرت عنه فأخبرته أني أنكرت ذلك عليها فقال صدقت صدقت
“…….Sementara itu ‘Aliy datang dari Yaman membawa hewan kurban Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Didapatinya Fathimah termasuk orang yang tahallul; dia mengenakan pakaian bercelup dan bercelak mata. ‘Aliy melarangnya berbuat demikian. Fathimah menjawab : “Ayahku sendiri yang menyuruhku berbuat begini”. ‘Aliy berkata : ‘Maka aku pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk meminta fatwa terhadap perbuatan Fathimah tersebut. aku jelaskan kepada Baginda bahwa aku mencegahnya berbuat demikian. Baginda pun bersabda : “Fathimah benar…….” [Diriwayatkan Muslim no. 1218].

2- Bukankah perkataan Usamah bin Zaid pernah lebih benar dibandingkan ‘Aliy radliyallaahu ‘anhumaa saat peristiwa haditsul-ifki ?
Dalam riwayat hadiitsul-ifk, ‘Aliy dan Usaamah pernah dimintai pendapat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam tentang permasalahan yang sedang beliau hadapi terkait dengan ‘Aaisyah. Usaamah memberikan pendapat agar beliau mempertahankan ‘Aaisyah, sedangkan ‘Aliy berpendapat sebaliknya.
Dalam sebuah hadits yang panjang, ‘Aisyah menceritakan :
وَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ وَأُسَامَةَ بْنَ زَيْدٍ حِينَ اسْتَلْبَثَ الْوَحْيُ يَسْتَشِيرُهُمَا فِي فِرَاقِ أَهْلِهِ قَالَتْ فَأَمَّا أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ فَأَشَارَ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالَّذِي يَعْلَمُ مِنْ بَرَاءَةِ أَهْلِهِ وَبِالَّذِي يَعْلَمُ فِي نَفْسِهِ لَهُمْ مِنْ الْوُدِّ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هُمْ أَهْلُكَ وَلَا نَعْلَمُ إِلَّا خَيْرًا وَأَمَّا عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ فَقَالَ لَمْ يُضَيِّقْ اللَّهُ عَلَيْكَ وَالنِّسَاءُ سِوَاهَا كَثِيرٌ وَإِنْ تَسْأَلْ الْجَارِيَةَ تَصْدُقْكَ قَالَتْ فَدَعَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَرِيرَةَ فَقَالَ أَيْ بَرِيرَةُ هَلْ رَأَيْتِ مِنْ شَيْءٍ يَرِيبُكِ مِنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَهُ بَرِيرَةُ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ إِنْ رَأَيْتُ عَلَيْهَا أَمْرًا قَطُّ أَغْمِصُهُ عَلَيْهَا أَكْثَرَ مِنْ أَنَّهَا جَارِيَةٌ حَدِيثَةُ السِّنِّ تَنَامُ عَنْ عَجِينِ أَهْلِهَا فَتَأْتِي الدَّاجِنُ فَتَأْكُلُهُ
“Dan, ketika itu Rasulullah shallaallaahu ‘alaihi wa sallam memanggil ‘Aliy bin Abi Thaalib dan Usaamah bin Zaid untuk mengajak keduanya bermusyawarah dalam rangka memisahkan (menceraikan) isterinya selama wahyu belum turun. Adapun Usaamah bin Zaid, beliau menunjukan kepada Rasulullah shallaallaahu ‘alaihi wa sallam dengan apa yang beliau ketahui akan jauhnya isteri Baginda dari perbuatan tersebut dan dengan apa yang beliau ketahui tentang kecintaannya kepada Baginda. Usaamah berkata : ‘Wahai Rasulullah, mereka adalah isteri-isterimu, kami tidak mengetahui kecuali kebaikan’. Adapun ‘Aliy bin Abi Thaalib, ia berkata : ‘Allah ‘azza wa jalla tidak akan memberi kesempitan kepadamu. Masih banyak wanita-wanita lain selain dirinya. Dan sungguh, jika engkau bertanya kepada budakmu, pasti dia akan jujur”. Aisyah berkata : “Kemudian Rasulullah shallaallaahu ‘alaihi wa sallam memanggil Bariirah. Beliau bertanya : “Wahai Bariirah, apakah engkau melihat ada sesuatu yang meragukan bagimu dari diri ‘Aaisyah?”. Bariirah menjawab : ‘Demi Dzat yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak melihat pada dirinya suatu yang kurang selain tak lebih saat ia masih kecil umurnya, ia ketiduran dari menunggu adunan tepung di keluarganya lantas ada binatang jinak yang memakan tepung itu” [Diriwayatkan oleh Muslim no. 2770. Diriwayatkan pula oleh Al-Bukhaariy dalam beberapa tempat dalam Shahih-nya].
Akhirnya Allah ta’ala menurunkan QS. An-Nuur : 11-21 yang membebaskan ‘Aaisyah dari tuduhan yang hal itu sesuai dengan pendapat serta kesaksian Usaamah.

3- Bukankah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah marah ketika mendengar dan melihat Faathimah memakai seutas kalung emas pemberian dari ‘Aliy ?
Cuba perhatikan riwayat berikut :
حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنِي زَيْدُ بْنُ سَلَّامٍ أَنَّ جَدَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا أَسْمَاءَ حَدَّثَهُ أَنَّ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَهُ أَنَّ ابْنَةَ هُبَيْرَةَ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي يَدِهَا خَوَاتِيمُ مِنْ ذَهَبٍ يُقَالُ لَهَا الْفَتَخُ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَعُ يَدَهَا بِعُصَيَّةٍ مَعَهُ يَقُولُ لَهَا يَسُرُّكِ أَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ فِي يَدِكِ خَوَاتِيمَ مِنْ نَارٍ فَأَتَتْ فَاطِمَةَ فَشَكَتْ إِلَيْهَا مَا صَنَعَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَانْطَلَقْتُ أَنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَامَ خَلْفَ الْبَابِ وَكَانَ إِذَا اسْتَأْذَنَ قَامَ خَلْفَ الْبَابِ قَالَ فَقَالَتْ لَهَا فَاطِمَةُ انْظُرِي إِلَى هَذِهِ السِّلْسِلَةِ الَّتِي أَهْدَاهَا إِلَيَّ أَبُو حَسَنٍ قَالَ وَفِي يَدِهَا سِلْسِلَةٌ مِنْ ذَهَبٍ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا فَاطِمَةُ بِالْعَدْلِ أَنْ يَقُولَ النَّاسُ فَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ وَفِي يَدِكِ سِلْسِلَةٌ مِنْ نَارٍ ثُمَّ عَذَمَهَا عَذْمًا شَدِيدًا ثُمَّ خَرَجَ وَلَمْ يَقْعُدْ فَأَمَرَتْ بِالسِّلْسِلَةِ فَبِيعَتْ فَاشْتَرَتْ بِثَمَنِهَا عَبْدًا فَأَعْتَقَتْهُ فَلَمَّا سَمِعَ بِذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَبَّرَ وَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّى فَاطِمَةَ مِنْ النَّارِ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdush-Shamad : Telah menceritakan kepada kami Hammaam : Telah menceritakan kepada kami Yahyaa : Telah menceritakan kepadaku Zaid bin Salaam : Bahwasannya datuknya pernah menceritakan kepadanya : Bahwasannya Abu Asmaa’ pernah menceritakan kepadanya : Bahwasannya Tsaubaan maulaa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah menceritakan kepadanya : “Anak perempuan Hubairah pernah bertamu ke kediaman Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedangkan di tangannya ada cincin-cincin emas bernama Al-Fatah. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memukul-mukulkan tongkat kecil ke tangannya, dan bersabda kepadanya : “Apakah engkau senang jika Allah mengenakan cincin-cincin dari api neraka ke tanganmu ?”. Anak perempuan Hubairah itu lalu mendatangi Fathimah dan mengadukan apa yang dilakukan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya. Tsaubaan berkata : Aku dan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertolak pergi, lalu baginda berdiri di balik pintu. Dan kebiasaan baginda bila meminta izin masuk (rumah), baginda berdiri di balik pintu. Lalu Faathimah berkata kepada anak perempuan Hubairah : “Lihatlah kalung ini yang dihadiahkan Abu Hasan (yaitu ‘Aliy bin Abi Thaalib radliyallaahu ‘anhu) kepadaku”. Saat kalung emas itu ada di tangan Faathimah, lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam masuk menemuinya dan bersabda : “Wahai Fathimah ! Demi tegaknya keadilan, (senangkah engkau) seandainya orang-orang berkata : ‘Faathimah binti Muhammad mengenakan kalung dari api neraka ?”. Lalu baginda mencela Faathimah dengan keras, setelah itu baginda pergi dan tidak duduk. Kemudian Faathimah memerintahkan agar kalung itu dijual, kemudian harganya dibelikan budak kemudian dimerdekakan. Saat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam mendengar hal itu, lalu baginda bertakbir dan bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan Fathimah dari neraka” [Diriwayatkan oleh Ahmad 5/278; shahih].
Pelajaran yang dapat kita ambil dari hadits ini adalah bahwa Faathimah binti Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bukanlah pribadi maksum. Beliau juga boleh tersalah faham atau keliru karena barangkali beliau belum mengetahui larangan tersebut dari ayahnya shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Selain itu, dapat kita ketahui bahwa Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam marah kerana melihat adanya pelanggaran syari’at. Tidaklah baginda mengecam dengan keras dan mengancam dengan api neraka jika perbuatan itu bukan satu larangan dalam syari’at. Keridhaan Faathimah tidak membuat Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam lemah, karena syari’at tidaklah diukur dari keridhaan ataupun kemarahan seseorang selain baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Syari’atlah yang menjadi asas pengukur dalam menghukumi sesuatu.
Dari sini nampak kekeliruan orang-orang Syi’ah yang telah menjadikan kemarahan Faathimah menjadi asas pengukur syari’at secara mutlak ! Mereka keliru dalam memahami hadits :
فَإِنَّمَا هِيَ بَضْعَةٌ مِنِّي يُرِيبُنِي مَا أَرَابَهَا وَيُؤْذِينِي مَا آذَاهَا
“Faathimah adalah sebahagian dariku. Akan menyenangkanku apa yang membuatnya senang, dan akan menyakitiku apa saja yang menyakitinya”.
Keridhaan dan kemarahan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam terikat dengan hukum Allah ta’ala. Baginda shallallaahu ‘alaihi wa sallam ridha apabila hukum Allah ditaati, dan marah jika hukum Allah dimaksiati.
OLEH ITU KAMI KATAKAN :
Jika begitu keadaannya, apakah mustahil Abu Bakr menjadi pihak yang benar dalam perselisihannya dengan Faathimah dan ‘Aliy radliyallaahu ‘anhum ? mungkin mustahil bagi Syi’ah, namun tidak mustahil bagi Ahlus-Sunnah.
Mungkin saja Syi’ah akan berdalil dengan hadits tsaqalain yang menurut mereka ahlul-bait itu pasti benar. Jika kita mengikuti ‘gaya’ mengambil hujah mereka, kita juga boleh berhujah dengan hadits :
حدثڽا علي بن سعيد الرازي، ثنا علي بن زنجة الرازي، ثنا زيد بن الحباب العكلي، ثنا عياش بن عقبة الرازي الحضرمي، حثني يحيى بن ميمون الحضرمي، حدثني سهل بن سعد الساعدي، قال : استشار رسول الله صلى الله عليه وسلم أبا بكر وعمر، فأشارا عليه فأصاب أبو بكر، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : يا عمر، إن الله يكره أن يخطئ أبو بكر.
Telah menceritakan kepada kami ‘Aliy bin Sa’iid Ar-Raaziy : Telah menceritakan kepada kami ‘Aliy bin Zunjah Ar-Raaziy : Telah menceritakan kepada kami Zaid bin Al-Hubbaab Al-‘Ukliy : Telah menceritakan kepada kami ‘Iyaasy bin ‘Uqbah Ar-Raaziy Al-Hadlramiy : Telah menceritakan kepadaku Yahyaa bin Maimuun Al-Hadlramiy : Telah menceritakan kepadaku Sahl bin Sa’d As-Saa’idiy, telah berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam meminta pendapat kepada Abu Bakr dan ‘Umar, maka keduanya mengemukakan pendapatnya. Lalu Abu Bakr lah yang benar. Kemudian Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah tidak suka jika Abu Bakr keliru” [Diriwayatkan oleh Ath-Thabaraaniy dalam Al-Ausath 4/193 no. 3949].
Keterangan ringkas : Sanad riwayat ini hasan. ‘Aliy bin Sa’iid Ar-Raaziy adalah seorang tsiqah, kadang keliru, dan diperbincangkan tentang sirahnya [lihat : Irsyaadul-Qaadliy, hal. 430-431 no. 679]. ‘Aliy bin Zunjah Ar-Raaziy adalah seorang yang tsiqah shaaduq [lihat : Al-Jarh wat-Ta’diil, 9/187]. Zaid bin Al-Hubbaab Al-‘Ukliy adalah seorang yang shaduuq, keliru dalam hadits Ats-Tsauriy [Taqriibut-Tahdziib, hal. 351-352 no. 2136]. ‘Iyaasy bin ‘Uqbah Al-Hadlramiy adalah seorang yang shaduuq [Taqriibut-Tahdziib, hal. 764, no. 5305]. Yahyaa bin Maimuun Al-Hadlramiy adalah seorang yang shaduuq [Taqriibut-Tahdziib, hal. 1068 no. 7707].
Namun itu tidak kita lakukan, karena Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu bukanlah dalil. Ia bukan seorang yang ma’shum. Sama seperti shahabat lainnya, termasuk ‘Aliy dan Faathimah radliyallaahu ‘anhumaa. Hadits di atas hanyalah menunjukkan bahwa kebenaran mendominasi Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu dalam setiap pendapat atau perbuatannya. Yang tetap menjadi dalil secara mutlak adalah Al-Qur’an, As-Sunnah, dan juga ijma’. Wallaahu a’lam.
Perlu diketahui bahwa dalam permasalahan tanah fadak, Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu bukanlah orang yang bersendirian dalam meriwayatkan hadits . Beberapa shahabat lain memberikan kesaksiannya. Perhatikan riwayat berikut :
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْحَارِثِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُعْفِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ خَتَنِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخِي جُوَيْرِيَةَ بِنْتِ الْحَارِثِ قَالَ مَا تَرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ مَوْتِهِ دِرْهَمًا وَلَا دِينَارًا وَلَا عَبْدًا وَلَا أَمَةً وَلَا شَيْئًا إِلَّا بَغْلَتَهُ الْبَيْضَاءَ وَسِلَاحَهُ وَأَرْضًا جَعَلَهَا صَدَقَةً
Telah menceritakan kepada kami Ibraahiim bin Al-Haarits : Telah menceritakan kepada kami Yahyaa bin Abi Bukair : Telah menceritakan kepada kami Zuhair bin Mu’aawiyyah Al-Ju’fiy : telah menceritakan kepada kami Abi Ishaaq, dari ‘Amru bin Al-Haarits, saudara ipar Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam – yaitu saudara Juwairiyah binti Al-Haarits – , ia berkata : “Tidaklah Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam meninggalkan dirham, dinar, budak laki-laki maupun perempuan, serta tidak meninggalkan sesuatupun ketika baginda wafat; kecuali bighal baginda yang berwarna putih, senjata, dan sebidang tanah yang baginda jadikan sebagai shadaqah” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 2739. Lihat juga no. 2873, 2912, 3098, dan 4461].
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَقْتَسِمُ وَرَثَتِي دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا مَا تَرَكْتُ بَعْدَ نَفَقَةِ نِسَائِي وَمَئُونَةِ عَامِلِي فَهُوَ صَدَقَةٌ
Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yuusuf : Telah mengkhabarkan kepada kami Maalik, dari Abuz-Zinaad, dari Al-A’raj, dari Abu Hurairah radliyalaahu ‘anhu : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “”Warisanku tidaklah dibagi-bagi baik berupa dinar maupun dirham. Apa yang aku tinggalkan selain berupa nafkah buat istri-istriku dan para pekerjaku, semuanya adalah sebagai shadaqah” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 2776. Lihat juga no. 3096 dan 6729].
Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu tidaklah menginginkan harta dunia. Hartanya telah di infakkan habis untuk Islam.
عَنْ عُمَر قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَتَصَدَّقَ فَوَافَقَ ذَلِكَ مَالًا عِنْدِي فَقُلْتُ الْيَوْمَ أَسْبِقُ أَبَا بَكْرٍ إِنْ سَبَقْتُهُ يَوْمًا فَجِئْتُ بِنِصْفِ مَالِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ قُلْتُ مِثْلَهُ قَالَ فَأَتَى أَبُو بَكْرٍ بِكُلِّ مَا عِنْدَهُ فَقَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ مَا أَبْقَيْتَ لِأَهْلِكَ فَقَالَ أَبْقَيْتُ لَهُمْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقُلْتُ لَا أُسَابِقُكَ إِلَى شَيْءٍ أَبَدًا
Dari ‘Umar, ia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan kami agar bersedekah, dan ketika itu aku mempunyai harta. Maka aku pun berkata : “Jika hari ini aku boleh bersegera, maka aku akan dapat mendahului Abu Bakr”. Kemudian aku datang dengan membawa setengah hartaku, lalu Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apakah yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”. Aku lantas menjawab : “Harta yang sama seperti itu”. ‘Umar berkata : Abu Bakr kemudian datang dengan membawa seluruh yang dia miliki. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam lalu bersabda : “Wahai Abu Bakar, apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”. dia menjawab : “Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya”. Maka aku katakan : “Selamanya aku tidak akan dapat mendahuluimu dalam beramal apapun” [Diriwayatkan oleh At-Tirmidziy no. 3675, Ad-Daarimiy 1/391-392, Ibnu Abi ‘Aashim no. 1240, dan yang lainnya; hasan].
Hingga Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mempersaksikan :
مَا نَفَعَنِي مَالٌ قَطُّ مَا نَفَعَنِي مَالُ أَبِي بَكْرٍ
“Tidak ada harta yang dapat memberiku manfaat sebagaimana harta Abu Bakr” [Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah no. 91, Ahmad dalam Fadlaailush-Shahaabah no. 25, Ibnu Abi ‘Aashim no. 1229, dan yang lainnya; shahih].
Maka kami simpulkan bahawa :
Abu Bakr radliyallaahu ‘anhu menahan pewarisan tanah fadak adalah karena ketaatannya kepada Rasululah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. beliau mencintai ahlul-bait Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri. Namun itu semua tidak membuatnya bermaksiat untuk melanggar sabda beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang telah ia ketahui.
Menjawab hujah syi’ah :
Orang syi’ah berhujah dengan hadits :
قرأت على الحسين بن يزيد الطحان حدثنا سعيد بن خثيم عن فضيل عن عطية عن أبي سعيد الخدري قال لما نزلت هذه الآية { وآت ذا القربى حقه } دعا النبي صلى الله عليه وسلم فاطمة وأعطاها فدك
Aku membacakan kepada Al-Husain bin Yaziid Ath-Thahhaan : Telah menceritakan kepada kami Sa’iid bin Khutsaim, dari Fudlail, dari ‘Athiyyah, dari Abu Sa’iid Al-Khudriy, ia berkata : “Ketika turun ayat : ‘dan berikanlah kepada keluarga yang dekat akan haknya’ (QS. Al-Israa’ : 26), Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam memanggil Faathimah dan memberinya bagian (tanah) Fadaak” [Diriwayatkan oleh Abu Ya’laa no. 1409].
Jawapan Ahli sunnah :
Ini dhaif hadits dla’iif munkar.
Kelemahannya terletak ‘Athiyyah Al-Kuufiy. Ia adalah Ibnu Sa’d bin Janaadah Al-‘Aufiy. Ia telah dilemahkan oleh jumhur ahli hadiits. Ahmad berkata : “Dla’iiful-hadiits. Telah sampai kepadaku bahwasannya ‘Athiyyah mendatangi Al-Kalbiy dan mengambil darinya tafsir, dan ‘Athiyyah memberikan kunyah kepadanya (Al-Kalbiy) Abu Sa’iid. Kemudian (saat meriwayatkan) ia berkata : ‘Telah berkata Abu Sa’iid’. Husyaim telah mendla’ifkan hadits ‘Athiyyah” [Al-‘Ilal, no. 1306 dan Al-Kaamil 7/84 no. 1530]. Ahmad juga berkata : “Sufyan – yaitu Ats-Tsauriy – telah mendla’ifkan hadits ‘Athiyyah” [Al-‘Ilal, no. 4502]. Yahyaa bin Ma’iin dalam riwayat Ad-Duuriy berkata : “Shaalih” [Al-Jarh wat-Ta’diil, 6/383 no. 2125]. Namun dalam riwayat lain, seperti Abul-Waliid bin Jaarud, Ibnu Ma’iin berkata : “Dla’iif” [Adl-Dlu’afaa’ Al-Kabiir, hal. 1064 no. 1395]. Juga riwayat Ibnu Abi Maryam, bahwasannya Ibnu Ma’iin berkata : “Dla’iif, kecuali jika ia menuliskan haditsnya” [Al-Kaamil, 7/84 no. 1530]. Abu Haatim berkata : “Dla’iiful-hadiits, ditulis haditsnya. Abu Nadlrah lebih aku sukai daripadanya” [Al-Jarh wat-Ta’diil, 6/383 no. 2125]. Abu Zur’ah berkata : “Layyin (lemah)” [idem]. An-Nasaa’iy berkata : “Dla’iif” [Adl-Dlu’afaa’ wal-Matruukuun no. 481]. Al-Bukhaariy berkata : “Telah berkata Ahmad terhadap hadits ‘Abdul-Malik dari ‘Athiyyah, dari Abu Sa’iid : Telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘Telah aku tinggalkan pada kalian ats-tsaqalain…’ : “Hadits-Hadits orang-orang Kuffah ini munkar” [Taariikh Ash-Shaghiir, 1/267]. Abu Dawud berkata : “Ia bukan termasuk orang yang dipercayai (dapat dijadikan sandaran)” [Suaalaat Abi ‘Ubaid Al-Aajuriiy, hal. 105 no. 24]. Ad-Daaruqthniy berkata : “Mudltharibul-hadiits” [Al-‘Ilal, 4/291]. Di tempat lain ia juga berkata : “Dla’iif” [As-Sunan, 4/39 – dari Mausu’ah Aqwaal Ad-Daaruquthniy, hal. 453]. Ibnu ‘Adiy berkata : “Bersamaan dengan kedla’ifannya, ia ditulis haditsnya” [Al-Kaamil, 7/85]. Ibnu Sa’d berkata : “Ia tsiqah, insya Allah. Memiliki hadits-hadits yang baik dan sebagian orang tidak menjadikannya sebagai hujjah” [Thabaqaat Ibni Sa’ad, 6/304]. Al-‘Ijliy berkata : “Orang Kuffah yang tsiqah, namun tidak kuat (haditsnya)” [Ma’rifatuts-Tsiqaat, 2/140 no. 1255]. Ibnu Syaahiin berkata : “Tidak mengapa dengannya, sebagaimana dikatakan Ibnu Ma’iin” [Taariikh Asmaa’ Ats-Tsiqaat, hal. 247 no. 970]. Adz-Dzahabiy berkata : “Para ulama telah mendla’ifkannya” [Al-Kaasyif 2/27 no. 3820]. Ibnu Hajar berkata : “Shaduuq, banyak salahnya, orang Syi’ah mudallis” [Tahriirut-Taqriib 3/20 no. 4616].
[lihat juga : Tahdziibul-Kamaal, 20/145-149 no. 3956 dan Al-Jaami’ fil-Jarh wat-Ta’diil 2/209 no. 2937.
Di sini ‘Athiyyah juga membawakan riwayat dengan ‘an’anah sedangkan ia seorang mudallis tingkat keempat – sebagaimana dikatakan Ibnu Hajar [lihat : Ta’riifu Ahlit-Taqdis hal. 130 no. 122]. Jenis tadliis yang ia lakukan adalah jenis tadliis yang buruk, sebagaimana ditunjukkan dari perkataan Ahmad di atas.
Riwayat ini juga munkar karena menyelisihi riwayat-riwayat shahih sebagaimana telah disebutkan dalam hujah kami di atas.
Menjawab keraguan yang sengaja diadakan oleh puak syi’ah :
Orang syi’ah juga mengatakan hujah yang diberikan oleh Abu Bakar tidak diterima oleh Fatimah bertentangan dengan ayat al-quran. Dan apabila hadith bertentangan dengan al-Qur’an, maka ianya (hadits) mestilah diketepikan.Ayat al-quran yang mereka maksudkan ialah firman Allah :

1. FirmanNya yang bermaksud,”Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) untuk anak-anakmu” – Surah an-Nisa (4):11. Apa yang dimaksudkan dengan “anak-anak” ialah termasuk anak-anak Nabi SAWA.
Jawapan :
Tidak ada pertentangan antara Quran dan hadis seperti didakwa. Dan tidak benar kata-kata kononnya jika ada pertentangan Quran dan Hadis, maka ambil Quran, tinggal hadis. Kerana hadis adalah penafsir dan bayan kepada Quran.
Ayat dari Surah an-Nisa ini adalah umum tentang hukum pusaka. Anak mewarisi harta ayah. Tapi sunnah yang sahihah mengecualikan Nabi. Dan tidak pelik dalam Quran menyebut kalimah ‘…kamu’, tetapi Nabi tidak termasuk di dalamnya. Banyak contoh kalau nak dibawa. Ayat pusaka adalah salah satunya.
2. FirmanNya yang bermaksud, “Dan Sulaiman mewarisi Daud” – Surah an-Naml (27) :16. Maksudnya: Nabi Sulaiman mewarisi kerajaan Nabi Daud dan menggantikan kenabiannya.
3. FirmanNya yang bermaksud “Maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub, dan jadikanlah ia, ya Tuhanku seorang yang diredhai” – Surah Maryam(19):5-6.
Jawapan :
Maksud pewarisan dalam ayat kedua dan ketiga ini ialah warisan Nubuwwah, ilmu dan hikmah. Bukannya warisan harta. sehingga, kalau dimasukkan warisan kerajaan pun, ia bukannya warisan harta, kerana kerajaan adalah pemerintahan. Inilah yang ditafsirkan oleh seluruh ulama tafsir. Kata Qurtubi, “Kecuali Syiah”. (Tafsir Qurtubi 11/78).

Syi’ah juga sengaja menimbulkan keraguan dengan berhujjah bahawa : Kalaulah hadits yang diriwayatkan oleh Abu Bakr itu adalah benar, ini bermakna, Nabi SAWA sendiri telah cuai untuk memberitahu keluarganya mengenai Fadak dan ianya bercanggah dengan firmanNya yang bermaksud,”Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat” – Surah al-Syu’ara(26):214.
Jawapan :
Tidak mustahil hadits ini tidak pernah didengari oleh Aliy dan Fatimah sebagaimana telah kami utarakan nas-nas yang membuktikan ada perkara tertentu yang tidak diketahui oleh mereka berdua dalam keterangan terdahulu.

Mereka juga mendakwa bahawa : Hadith tersebut hanya diriwayatkan oleh Abu Bakar sahaja dan ianya tidak boleh menjadi hujah kerana Fatimah dan Ali AS menentangnya. Fatimah AS berkata : Adakah kamu sekarang menyangka bahawa aku tidak boleh menerima pusaka, adakah kamu menuntut hukum jahiliyyah? Tidakkah hukum Allah lebih baik bagi orang-orang yang yakin….Adakah kamu wahai anak Abi Qahafah mewarisi bapa kamu sedangkan aku tidak mewarisi bapaku? Sesungguhnya kamu telah melakukan perkara yang keji. Lihat Ahmad bin Tahir al-Baghdadi, Balaghat al-Nisa, II, hlm.14; Umar Ridha Kahalah, A’lam al-Nisa, II, hlm.208; Ibn Abi al-Hadid, Syarh Nahj al-Balaghah, IV, hlm.79, 92.

Jawapan :
Ini adalah contoh betapa mereka memutarbelitkan fakta yang sebenar sedangkan kami telah menemui nas-nas hadits yang membuktikan bukan hanya Abu Bakr yang bersendirian meriwayatkannya. Ini adalah satu bukti kejahilan mereka tentang sunnah dan pembohongan yang nyata. Ia diriwayatkan juga oleh: Umar, Utsman, Ali, Talhah, Zubair, Saad, Abdul Rahman, Al-Abbas, dan isteri2 Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.. rujuk sebahagian darinya dalam keterangan kami yang terdahulu.
Mereka juga mendakwa : Fatimah dan Aliy AS adalah di antara orang yang disucikan Tuhan di dalam Surah al-Ahzab (33): 33 dikenali dengan nama ashab al-Kisa’. Dan termasuk orang yang dimubahalahkan bagi menentang orang Nasrani di dalam ayat al-Mubahalah atau Surah Ali Imran (3):61. Adakah wajar orang yang disucikan Tuhan, dan dimubahalahkan itu menjadi pembohong, penuntut harta Muslimin yang bukan menjadi haknya?
Jawapan :
Tidak ada Ahli Sunnah mengatakan Fatimah berbohong. Kita katakan, beliau ijtihad dan silap dalam ijtihadnya. Ijtihad Abu Bakar lebih benar dan disokong oleh nas dan ijmak. Ini dikuatkan lagi dengan pengakuan Aliy : “Dan kami berpendapat/berpandangan, selayaknya kami peroleh bagian karena hubungan kerabat kami dengan Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam” sebagaimana telah kami nyatakan dalam keterangan yang lalu.

Merka juga sengaja mendatang keraguan bahawa : Jikalau dakwaan Abu Bakar itu betul ianya bermakna Rasulullah SAWA sendiri tidak mempunyai perasaan kasihan belas sebagai bapa terhadap anaknya. Kerana anak-anak para Nabi yang terdahulu, menerima harta pusaka dari bapa-bapa mereka. Kajian mendalam terhadap Sirah Nabi SAWA dengan keluarganya menunjukkan betapa kasihnya beliau terhadap mereka khususnya Fatimah AS sebagai ibu dari nenek kepada sebelas Imam.
Beliau bersabda : Sesungguhnya Allah marah kerana kemarahanmu (Fatimah AS) dan redha dengan keredhaanmu (al-Hakim,al-Mustadrak, III, hlm. 153, Ibn Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 522, al-Muttaqi al-Hindi, Kunz al-Ummal, IV, hlm.219. Mahyuddin al-Syafi’i al-Tabari, Zakha’ir al-Uqba, hlm.39. Khalifah Abu Bakar dan Umar adalah di antara orang dimarahi Fatimah AS. Fatimah telah bersumpah tidak akan bercakap dengan mereka sehingga beliau berjumpa bapanya dan merayu kepadanya (Ibn Qutaibah, al-Imamah, Wal-Siyasah, I, hlm.14).
Bahkan Fatimah berwasiat supaya beliau dikebumikan pada waktu malam dan tidak membenarkan seorang pun daripada “mereka” menyembahyangkan jenazahnya (Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V. hlm.524; al-Bukhari, Sahih, VI, hlm.177; Ibn Abd al-Barr, al-Isti’ab, II, hlm.751).

Jawapan :
Hujah yang tidak benar bahkan mereka menipu dengan mentafsirkan al-quran dengan hawa nafsu, Kerana mereka berbohong mengatakan anak-anak nabi terdahulu menerima pusaka ayah mereka. Pembohongan yang nyata!!
Mengenai siapa membuatkan Fatimah marah, maka dia membuatakan Nabi marah. Sudah dijawab dalam keterangan yang lalu.

Wallahu A’lam
Sesudah begitu banyak keterangan yang kami bawakan, sekiranya anda tidak mempercayainya atau tidak boleh menerimanya. Marilah kita sama-sama menyerah hal ini kepada Allah yang Maha Mengetahui.. kita lihat diakhirat nanti siapa sebenarnya yang cinta dan mempertahankan kesucian ahli bait, siapa yang akan bersama mereka dan siapa pula kaum yang terpedaya dengan belenggu nafsu dan penipuan Syaitan..