hubburasul s.a.w


DOA KAMI

Ya Allah jaikanlah setiap orang dari kami di kalangan hambaMu yang menang dan berjaya. Tetapkanlah iman kami, murahkanlah rezeki kami. jadikanlah rahmatmatMu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping.

Wednesday, October 27, 2010

HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN ATAS NAMA SIMATI

ASSALAMUALAIKUM,
Terima kasih kepada saudara Mahadir yang bertanya.

Bolehkah melakukan Qurban bagi pihak si mati ?

Tidak boleh berqurban bagi pihak orang yang mati
menurut qaul yang asah, kecuali si mati mewasiatkan
untuk berqurban atau bernazar. Sekiranya si mati
bernazar maka boleh ahli waris mengganti diri si mati
dalam melunaskan nazarnya . Ibnu Abbas r.a.
meriwayatkan bahawa :

“ Pernah Sa’ad bin Ubadah meminta penjelasan
hukum dari Nabi  dalam perkara nazar ibunya
yang meninggal dunia sebelum dapat menunaikannya.
Maka Jawab Nabi : “ Hendaklah engkau bayarkan
nazar ibumu” ”32
Perlulah diketahui bahawa daging qurban wasiat
dari seorang yang telah meninggal dunia, tidak boleh
dimakan dagingnya oleh orang yang membuat qurban
untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang
kaya kecuali dengan ada izin dari wasiat si mati.

Penyelesaian masalah :
Adalah lebih baik korban itu dilakukan atas nama orang yang masih hidup kemudian mendoakan pahala ibadah itu dianugerahkan Allah kepada si mati. kerana berkongsi pahala ibadah korban adalah diharuskan kerana Rasulullah s.a.w. pernah berbuat demikian.

Untuk keterangan lanjut rujuk :
Buku Panduan Ibadah Qorban terbitan Raudhatul Furqan.

No comments:

Post a Comment